Temasya Sukan Sea ke-30 di Filipina telah melabuhkan tirai baru-baru ini dan Malaysia hanya mampu mengutip 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa untuk berada di tangga kelima keseluruhan. Sasaran awal yang telah diletakkan kepada skuad Sukan Sea pada tahun ini adalah sebanyak 70 pingat emas nyata tidak berjaya untuk dicapai dan secara keseluruhannya pihak yang terlibat gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Skuad bola sepak negara tewas awal pada kejohanan Sukan Sea 2019

Oleh yang demikian, ramai pihak yang telah menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kerana kegagalan beliau untuk memastikan prestasi para atlet negara kita berada di dalam keadaan terbaik bagi menyertai kejohanan Sukan Sea. Sebagai contoh kita boleh lihat prestasi buruk skuad bola sepak negara kita apabila tewas awal di peringkat kumpulan di mana ia seolah telah memberi bayangan awal yang kita telah gagal untuk mencapai sasaran emas yang telah diletakkan.

Syed Saddiq sendiri telah mengambil sifat tanggungjawab di atas kegagalan ini dan beliau telah memohon maaf dengan semua pihak di atas kelemahan dirinya untuk memenuhi prestasi yang telah ditetapkan. Beliau juga telah menegaskan untuk tidak menyalahkan para atlet kerana mereka semua telah berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Malaysia.

Antara atlet yang berjaya meraih pingat emas

Walau bagaimanapun, kegagalan skuad Sukan Sea negara juga adalah kerana wujud sukan baharu diperkenalkan pada temasya kali ini yang sukar untuk dibuat perbandingan sasaran mereka kerana tidak mempunyai latar belakang prestasi yang boleh diukur. Terdapat juga beberapa keputusan pengadil yang perlu dipertikaikan di mana beberapa pingat emas dari kontinjen Malaysia yang telah ditarik semula oleh pihak penganjur.

Sebagai rakyat Malaysia yang sayang dan cintakan sukan tanah air, tidak seharusnya kita terus menerus menyalahkan pihak Kementerian Belia dan Sukan. Kita perlu bersikap lebih terbuka dan mengambil kegagalan sebelum ini sebagai titik kebangkitan buat keseluruhan atlet negara. Sokongan perlu terus diberikan agar mereka memperolehi semangat dan motivasi untuk bangkit pada edisi Sukan Sea yang akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here