Melihat pada perkembangan situasi politik dan COVID-19 yg tidak menentu pada masa itu memang mejadi satu tanggungjawab ketua negara utk menilai dan mencadangkan diambil tindakan segera. Suhu politik dan penularan COVID-19 semakin hari menunjukkan tren peningkatan yg sgt membimbangkan. Nyawa rakyat lebih utama dalam masa sama mencari kaedah membantu ekonomi negara dan rakyat.

Alhamdulillah, YDPA bersedia mendengar nasihat dari PM dengan mengisytiharkan proklamasi darurat berkuat kuasa dari 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. Pelaksanaan PKP di seluruh negara juga satu tindakan yg sgt penting dalam mengawal penularan ke negeri lain. TS Muhyddin dah melihat, menilai serta mengetahui apakah bentuk bantuan dan penyelesaian yg bakal diberikan dalam membantu rakyat untuk meneruskan kehidupan harian.

Di sebalik keadaan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat COVID-19, masih ada lagi pihak yang cuba untuk bermain politik. Keadaan ini menyukarkan untuk kerajaan fokus dalam menjaga kebajikan rakyat serta memulikan ekonomi negara. Desakan untuk adakan PRU 15 dijawab oleh TS Muhyddin dengan rela hati mengatakan bila semua situasi ini sudah pulih maka terpulang lah kepada semua untuk pilih siapa yg layak jadi kerajaan.

Tren penurunan kes COVID-19 telah membuktikan bahawa tindakan berani PM Muhyiddin Yassin menasihati YDP agar mengisytiharkan darurat adalah tindakan tepat. Secara jujurnya, tindakan yang diambil oleh Muhyiddin Yassin adalah satu tindakan yang berisiko. Walaupun tahu bahawa beliau akan dikritik oleh pelbagai pihak kononnya tidak menjaga rakyat dan negara, Muhyiddin tahu bahawa tindakan tegas adalah penting untuk menangani COVID-19.

Hakikatnya Muhyiddin bukan seorang pemimpin yang populis semata-mata tetapi mementingkan rakyat. Kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menyediakan vaksin kepada rakyat secara percuma pada penghujung bulan Febuari setelah bekalan vaksin diterima. Keperihatinan TS Muhyddin terhadap kesihatan rakyatnya amatlah disenangi dan mengutamakan rakyat terlebih dahulu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) juga telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan proses berkenaan dan penilaian isu keselamatan berkaitan vaksin. Selain itu proses pendaftaran bagi menerima vaksin juga akan dimulakan agar proses berkenaan boleh dilaksanakan secara teratur.

Usaha berterusan haruslah dilakukan dalam membantu PM menangani bersama situasi getir negara, bukan menambah keruh dan menyulitkan lagi keadaan. Usaha memerangi COVID-19 haruslah dilaksanakan secara berterusan walaupun dengan adanya vaksinasi nanti. Kita belum menang dan kita juga belum kalah teruskan berjuang bersama Perdana Menteri Malaysia, #kitajagakita #kitabelummenang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here