Jika dilihat dalam perkembangan media sosial kini, ramai pengguna mula melihat salah satu ciri dalam Facebook (FB) iaitu FB Live sebagai medium untuk menyampaikan berita dengan lebih cepat dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Ini kerana, FB Live membolehkan pengguna merekod video mereka secara langsung sehingga empat jam menggunakan kemera telefon atau ‘webcam’ untuk ditontonkan kepada pengguna FB lain. Pengguna hanya perlu menekan opsyen ‘Go Live’ dan mereka boleh terus merakam video secara langsung kepada rakan-rakan FB atau umum.

Aplikasi ini juga semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia dan wartawan media kerana ia menjadi medium untuk mereka mempromosikan perniagaan, merakam kejadian secara langsung, melaporkan berita dan sebagainya. Ianya sangat mudah dan video FB Live itu juga boleh diulang serta dikongsi orang ramai. Kini, ahli-ahli politik juga menggunakan aplikasi ini untuk mereka berkempen atau berkongsi sesuatu kepada rakyat dengan lebih cepat.

FB Live turut diggunakan ahli politik di Malaysia

Pengenalan FB Live sejak tahun 2016 ini, telah membawa evolusi media baru ke arah yang lebih memudahkan pengguna kerana penyampaian berita boleh dilakukan dengan pantas berbanding media tradisional. Kaedah media tradisional seperti penyampaian berita dalam televisyen, surat khabar dan radio hanya boleh dilakukan dalam waktu-waktu tertentu dan tidak mudah alih seperti media baru yang hanya perlu membawa telefon pintar sahaja.

Oleh kerana itu, kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan berita atau maklumat kepada orang ramai. Malah, trend melakukan live ini juga boleh didapati dalam media sosial lain seperti Instagram dan YouTube kerana pengguna tidak perlu merakam dahulu video untuk dimuat naik ke laman media sosial. Ia dapat menjimatkan masa jika orang ramai mahu melaporkan sesuatu sesuatu seperti kemalangan, aktiviti politik atau apa-apa kandungan untuk ditularkan.

Justeru, FB Live ini sememangnya teknologi yang dapat membantu rakyat Malaysia mendapatkan maklumat dengan cepat dan dimana-mana sahaja. Ia juga memanfaatkan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat jika ada pihak melaporkan FB Live yang mempunyai kandungan jenayah. Tetapi, netizen juga perlu berhati-hati untuk tidak mendedahkan lokasi rumah mereka atau maklumat peribadi bagi menjaga keselamatan mereka dari disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Kes tembakan di Christchurch menggunakan FB Live

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here