Slow travel membawa maksud budaya pelancongan yang menolak idea tradisional dan menggalakkan pelancong meneroka persekitaran dan mendedahkan diri untuk merasai pengalaman baru.

Slow travel merupakan budaya yang semakin berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam setiap perjalanan, slow traveller mengambil masa untuk meneroka setiap destinasi secara menyeluruh dan mengalami budaya tempatan.

Trend slow travel menekankan pengalaman berbanding destinasi

Trend slow travel ini dijangka akan meningkatkan kadar pelancongan negara sebanyak 20 peratus untuk tahun 2020. Ini kerana, data yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi teknologi perjalanan dunia, Amadeus menunjukkan bahawa pertumbuhan tertinggi dalam carian dalam talian untuk perjalanan ke Malaysia adalah dari Korea, Indonesia, China, Thailand dan Singapura.

Malaysia mempunyai banyak warisan alam dan budaya maka, ia pastinya menjadi aset yang tidak ternilai untuk menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Memandangkan tahun 2020 adalah tahun melawat Malaysia, seharusnya kerajaan perlu mengambil peluang ini mempromosikan Malaysia secara besar-besaran agar dapat menarik para pelancong untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.

tujuan utama travel adalah untuk mengenali dan memahami budaya masyarakat di negara yang mereka jejaki

Oleh itu, kerajaan boleh menggalakkan pengusaha home stay, hotel, apartment dan sebagainya untuk menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong agar menarik minat mereka untuk tinggal lebih lama sekaligus dapat mempelajari budaya unik yang terdapat di negara ini.

Jika dilihat, Malaysia mempunyai potensi besar untuk dijadikan destinasi percutian dan menjadi pilihan utama slow traveller kerana mempunyai tempat percutian banyak serta menarik malah sistem pengangkutan awam yang pelbagai.  Justeru itu, peluang ini perlu diraih sebaik-baiknya kerana industri pelancongan mempunyai potensi yang besar dan mampu meningkatkan pendapatan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here