Kenyataan Penolong Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming bahawa DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah bersifat ugutan terhadap Perdana Menteri.

Namun, kenyataan berbaur ugutan ini bukanlah kali pertama yang dinyatakan oleh ahli DAP kerana sebelum ini, pada tahun 2018, Lim Kit Siang juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP akan keluar daripada PH jika Malaysia Baharu tidak dapat melaksanakan pembaharuan.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan DAP tidak akan teragak-agak keluar dari Kerajaan PH jika Putrajaya enggan mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)

Namun, sehingga ke hari ini DAP masih lagi tidak keluar daripada PH walaupun ada agenda yang dilaksanakan oleh Tun Mahathir tidak sesuai dengan kehendak DAP. Maka boleh disimpulkan bahawa kenyataan Nga Kor Ming ini juga merupakan satu gertakan ataupun gimik politik murahan yang biasa dilakukan oleh ahli politik.

Setelah bertahun berusaha untuk menumbangkan kerajaan BN, adakah dengan mudah DAP ingin keluar dari kerajaan hanya semata-mata kerana UEC tidak diiktiraf? Pastinya usaha mereka selama ini hanya sia-sia dan perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi.

Gertakan seperti ini hanya menunjukkan sisi kelemahan dalam DAP dalam menguruskan politik mereka dan tindakan ini sedikit sebanyak menunjukkan kepincangan dalam pentadbiran PH serta boleh menyebabkan kerajaan PH semakin rapuh. Malah, keadaan ini menimbulkan persepsi rakyat bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan selama ini dipengaruhi oleh DAP.

UEC tidak diiktiraf kerana bercanggah dengan perlembagaan negara

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa DAP tidak menerima keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf UEC sekaligus membuktikan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan, keharmonian dan sensitiviti kaum lain.

Seharusnya sebagai sebuah parti yang dominan dalam kerajaan, DAP perlu menyokong keputusan kerajaan dan meletakkan segala kepentingan peribadi ataupun kaum ketepi. Sudah jelas bahawa UEC berada di luar sistem pendidikan kebangsaan dan isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum. Percanggahan terhadap dasar-dasar kerajaan hanya akan mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan malah mempengaruhi keyakinan rakyat serta pihak luar terhadap kerajaan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here