Baru-baru ini kerajaan kekal dengan dasar melaksanakan  Kempen Beli Produk Tempatan bukan sahaja di pasaran tempatan malah luar negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beberapa inisiatif yang dilakukan melalui kempen ini memberi manfaat kepada semua pengusaha serta peniaga tempatan.

Inisiatif kerajaan memperkenalkan Kedai i-Keep.

Sehubungan itu, kerajaan akan membantu meningkatkan dan menyokong produk-produk tempatan untuk disenarai tetap di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak dan di 304 kedai Inisiatif Kedai Ekonomi Rakyat (i-Keep). Ia dilaksanakan melalui penajaan insentif pengecualian yuran penyenaraian, promosi, publisiti dan sewaan ruang, rak jualan di pasar raya besar serta kedai-kedai serbaneka.

Realitinya kerajaan melancarkan lebih banyak ekspo jualan bersama pasar raya besar asing di Malaysia bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk tempatan melalui Program Malaysian Goes Global/Taste of Malaysia secara terus di pasaran antarabangsa yang berpotensi seperti di Jepun, Dubai serta China.

Portal Online Marketplace untuk memasarkan produk tempatan

Kerajaan juga memanfaatkan kelebihan ekosistem ekonomi digital dan infrastruktur e-dagang bagi tujuan jualan dan pemasaran dengan melaksanakan pelbagai inisiatif kempen, promosi, diskaun jualan secara berterusan melalui portal online marketplace utama di Malaysia.

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan produk tempatan antaranya mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli produk tempatan sekaligus membendung masalah inflasi. Secara tidak langsung ia menstabilkan nilai ringgit selain mengurangkan import negara.

Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat. Apabila produk tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau produktivitinya akan meningkat. Hal ini demikian kerana ia mampu mengurangkan kadar pengangguran dan masalah sosial di kalangan masyarakat.

Oleh itu, semua pihak khususnya masyarakat sewajarnya mengutamakan produk tempatan kerana ia banyak mendatangkan kebaikan di kalangan rakyat tempatan. Belilah produk tempatan kerana produk tempatan kebanggaan kita bersama-sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here