Dua tiga hari ini, negara kecoh dengan ketibaan vaksin yang pertama di Malaysia yang sampai pada tanggal 21 Februari 2021 petang semalam dan bakal menjadi sejarah untuk anak cucu kita. Vaksin COVID-19 yang telah menggegarkan seantero dunia sejak penghujung 2019 kini tiba di Malaysia untuk diberi secara percuma kepada 32.69 juta rakyat. Pemberian vaksin ini bakal dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun bermula Rabu ini sehingga Feb 2022.

Suntikan vaksin ini boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara. Mengikut rancangan setakat ini, 600 pusat pemberian vaksin terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM telah dikenal pasti bagi pusat pemberian vaksin. Sasaran suntikan ini pula seramai 26.5 juta orang atau 80% populasi negara.

Pemberian vaksin dalam 3 fasa ini dimulakan dengan fasa pertama iaitu 500,000 orang ‘frontliners’ seperti kakitangan kesihatan dan bukan kesihatan seperti PDRM, RELA, BOMBA dan Penyelamat, ATM. Hal ini kerana, jika kumpulan penyuntik vaksin tidak disuntik terlebih dahulu bagaimana mereka nak vaksin kan orang lain. Fasa yang kedua pula melibatkan seramai 9.4 juta orang kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta golongan OKU. Bagi fasa ketiga pula melibatkan 13.7 orang atau lebih untuk golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas dan fasa ketiga ini bakal membentuk herd immunity yang paling penting dan mempengaruhi negara.

Dalam sidang media majlis penyerahan vaksin COVID-19 oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin semalam program Imunisasi ini diawalkan ke hari Rabu ini oleh sebab kecekapan NPRA dan siap sediaan oleh semua pihak dan tidak perlu tunggu sehingga Jumaat ini. Orang pertama yang bakal disuntik diketuai oleh Perdana Menteri dan akan disusuli oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Selepas itu, barulah KJ dan juga Dr. Adham yang merupakan Menteri Kesihatan Malaysia.

Justeru itu, di tahun 2021 ini marilah kita sama-sama menjadi rakyat yang bijak dalam meneliti fakta mengenai vaksinasi seterusnya mendokong usaha murni pihak kerajaan bagi memelihara kesihatan rakyat negara kita. Disamping itu, kita perlu menolak sebarang spekulasi yang tidak berasas dan juga auta oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan persepi serta fitnah terhadap program Imunisasi Kebangsaan semata-mata seronok melihat rakyat panik dan cemas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here