Apa nak jadi dengan pemimpin politik Malaysia ni? Bukannya saling membantu, malah asyik mengadu-domba terhadap rakyat tanpa henti. Baru-baru ini, tindakan seorang ketua pemimpin politik yang asyik menjalankan perbuatan adu dombanya bertujuan untuk membangkitkan amarah rakyat kepada Kerajaan.

Dikatanya Kerajaan gagal kerana lambat menempah vaksin mengakibatkan jangkitan dan kematian akibat  Covid-19 semakin meningkat. Beliau juga menuduh laporan jumlah kes harian yang dikeluarkan setiap hari oleh KKM adalah palsu. Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan masuk syurga bagi golongan ‘Al Qattat’ (pengadu domba).” (HR Bukhari)

Wahai para pemimpin politik sekelian, tugas kalian sekarang bukannya untuk saling berdebat, saling menuding jari tetapi saling membantu di antara satu sama lain. Tidak takutkah anda semua dengan ancaman Allah SWT terhadap tukang adu-domba seperti dikhabarkan oleh Rasulullah SAW  dalam hadis di atas?!

Tidak kiralah di pihak Kerajaan mahupun pembangkang, bersatu-padulah demi kemaslahatan rakyat. Ketepikan ideologi politik masing2 buat seketika, bersatu dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Setiap hari anda semua berdoa agar Allah SWT mengangkat wabak ini dari bumi, tapi hakikatnya anda semua hanya berkata di mulut saja tetapi hati masing-masing masih menyalahkan sesama sendiri. Bagaimana Allah SWT mahu membantu kita kalau niat sudah terpesong jauh?

Cukup-cukuplah drama politikusnya, bantu Kerajaan untuk yakinkan rakyat dalam mendaftar Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan. ‘Berperanglah’ dengan golongan anti vaksin yang sedang menyebarkan dakyah mengarut mereka dengan  tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat. Dengan itu, barulah anda semua dipandang mulia oleh rakyat. Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi orang lain.” (HR Ibnu Hibban)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here