Cadangan pemansuhan aliran sains dan sastera telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah mengedarkan surat ke sekolah menengah di seluruh negara bagi menjelaskan perkara ini bagi pelajar tingkatan empat pada tahun 2020.

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pemansuhan aliran sains dan sastera adalah kerana perbezaan bagi kedua-dua aliran ini tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Tiada lagi aliran sains dan sastera mulai tahun hadapan

Objektif untuk memberi kebebasan kepada pelajar memilih subjek berdasarkan minat sememangnya tidak salah. Namun, risiko untuk subjek-subjek penting dan sukar terabai mungkin berlaku kerana pelajar mengambil jalan mudah. Selain itu, ia juga akan memberikan kesukaran kepada pihak sekolah dalam mengendalikan sistem pembelajaran baru ini.

Di samping itu, pelajar juga berisiko menghadapi kesukaran untuk memasuki universiti akibat daripada pemilihan subjek yang tidak tepat. Seperti yang kita tahu, aliran sains dan sastera sedia ada sudah diselaraskan dengan subjek-subjek yang saling berkait rapat.

Isu ini ternyata mendapat perhatian masyarakat di mana mereka telah memberi pelbagai maklum balas. Rata-rata daripada mereka tidak bersetuju mengenai pemansuhan ini kerana mereka percaya pengasingan aliran sains dan sastera selama ini banyak mendatangkan manfaat terutamanya dalam persediaan menentukan kerjaya.

Dr Siti Aisyah merupakan 100 sainstis terkemuka bagi 30 negara dalam bidang sains antartika

Oleh itu, langkah pemansuhan aliran sains dan sastera tidak wajar dilaksanakan. Hal ini kerana, hakikat bahawa lahirnya para sainstis dan cendekiawan ternama adalah hasil daripada pengasingan dua aliran ini. Walau bagaimanapun, apa yang perlu dilakukan adalah penambahbaikan sistem aliran sains dan sastera supaya ia lebih membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Secara keseluruhannya, kerajaan seharusnya meneliti perkara ini dengan lebih terperinci serta mengambil kira pandangan daripada guru dan ahli akademik. Sebarang perubahan di dalam sistem pendidikan wajar mendapat persetujuan semua pihak tanpa meletakkan sebarang risiko kepada pelajar pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here