Sindiket penipuan, ‘love scams’ atau apa-apa sahaja tawaran yang melibatkan wang ringgit pasti disasarkan kepada golongan warga ‘senja’, suri rumah atau ibu tunggal. Isu ini bukan sahaja timbul di Malaysia, malahan negara jiran Thailand juga tidak menafikan bahawa golongan tua yang berumur 60 tahun ke atas lebih mudah tertipu dengan penyebaran berita-berita palsu.

Antara sindiket penipuan yang melibatkan warga emas

Di Singapura, agensi bukan kerajaan (NGO) di sana telah menjalankan satu program inisiatif untuk mendidik warga emas bagaimana cara-cara asas untuk mengenal pasti berita palsu. Malah  kerajaan di sana juga memainkan peranan dengan mengadakan Kempen Internet Yang Lebih Baik untuk memberikan pengetahuan kepada golongan warga emas mengenai pengunaan internet pada landasan yang betul.

Warga emas merupakan antara golongan yang paling lambat menerima kemajuan internet. Namun apabila mereka sudah mula ‘celik’ IT, maka mereka mungkin menerima sedikit kejutan berkenaan dengan setiap maklumat yang disebarkan. Malah, kemahiran digital mereka juga masih lagi kurang berbanding dengan golongan muda yang boleh menapis kesahihan berita.

Warga emas di Singapura didedahkan dengan kempen asas mengenal berita palsu

Peningkatan usia menyebabkan manusia mengalami kemerosotan kognitif ketika usia meningkat, menjadikan mereka lebih mudah untuk ditipu.  Oleh itu, generasi milenial memainkan peranan besar dalam melindungi warga senja daripada ancaman berita palsu. Maka untuk mewujudkan masyarakat netizen yang selamat dan inklusif, anggota masyarakat sama ada golongan muda dan tua perlu bekerjasama

Jika di Malaysia, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berusaha untuk membentuk sistem penyemak fakta bagi membendung penyebaran berita palsu, maka inisiatif yang sama seperti di Singapura juga perlu dilakukan. Masyarakat terutamanya golongan warga emas wajar diberi pengetahuan mengenai asas mengenal pasti penyebaran berita palsu supaya tiada isu golongan warga emas ini yang ‘tertipu’ dan ‘menipu’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here