Sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia menjadi sangat panas sehingga membuatkan badan kita menjadi sangat lemah oleh kerana suhu di negara ini menjadi semakin tinggi.  Hal ini berlaku kerana negara kita pada masa kini sedang dilanda fenomena gelombang haba.

Dengan suhu maksimum boleh melebihi 40 darjah celsius di setengah kawasan, gelombang haba dan cuaca panas serta kering yang melanda negara ketika ini amat menggusarkan terutama sekali bagi mereka yang perlu melakukan aktiviti di luar pada waktu puncak iaitu dari tengahari hingga ke petang.

Di Malaysia terdapat beberapa negeri yang akan mengalami gelombang haba dan dijangka kawasan tersebut akan menjadi sangat panas. Antara kawasan-kawasan tersebut ialah Chuping di Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik di Kedah, serta Muar, Johor, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak, Maran di Pahang serta Kepong di KL.

sebahagian kawasan yang turut perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai fenomena ini

Oleh itu, faktor yang menyumbang kepada keadaan sekarang ini adalah kerana kita berada di penghujung musim monsun timur laut dan secara kebiasaannya jumlah penurunan hujan pada ketika ini agak rendah dengan kekurangan kelembapan dan litupan awan. Ini akan meningkatkan pancaran sinaran matahari ke permukaan bumi (atau insolasi) dan seterusnya meningkatkan jumlah haba dan suhu udara.

Ketiadaan hujan menghilangkan proses penyejukan dan menghalang penurunan suhu. Kita juga berada di penghujung Februari dan semakin menghampiri fenomena ekuinoks iaitu matahari berada di atas garisan khatulistiwa yang setiap tahun berlaku pada 20 Mac. Ini bermakna insolasi semakin meningkat dan ini meningkatkan jumlah haba yang diserap permukaan bumi, seterusnya meningkatkan suhu.

Di samping itu, orang ramai perlu mengambil langkah untuk meminimumkan risiko strok haba yang boleh menyebabkan kematian. Misalnya, kegiatan luar bagi pelajar sekolah mungkin perlu dijadualkan semula ke sebelah pagi. Anda juga dinasihatkan supaya kerap minum air bagi mengelak berlakunya dehidrasi.

Cuaca terlalu panas akan membuatkan badan manusia menjadi lemah

Cuaca panas boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia. Pelbagai kesan buruk jika cuaca panas ini berterusan antaranya akan mengakibatkan tahap kesihatan seseorang itu dari tahap sederhana kepada sesuatu yang boleh menyebabkan maut contohnya adalah strok haba.

Justeru itu, ternyata pelbagai kelakuan dan ayunan pelbagai fenomena iklim mampu mempengaruhi keadaan corak penurunan hujan, turun naik suhu dan mengganggu kelangsungan kegiatan seharian kita. Malah, cuaca ekstrem yang terjana boleh membawa kemusnahan. Pada dekad mendatang, keadaan dijangka semakin rumit dengan peningkatan suhu akibat pemanasan global. Fenomena ini dijangka akan melanda Malaysia sehingga pada penghujung bulan Mac. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan awasi aktiviti harian keluarga anda supaya tahap kesihatan mereka terjamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here