Dengan berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian, peluang untuk memperoleh pekerjaan dan bergaji setimpal dengan kelulusan yang mereka ada kelihatan semakin sukar, melainkan jika berpeluang menyertai perkhidmatan awam.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

Sebahagian keratan akhbar berkenaan kes pengangguran di negara ini

Oleh itu, siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangkan jumlah kes pengangguran di Malaysia ini? Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif untuk membantu menyediakan lebih banyak peluang kerja buat penganggur di luar sana. Antaranya adalah dengan meningkatkan perbelanjaan pembangunan selain menggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pihak swasta juga seharusnya memainkan peranan untuk menyumbang lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di luar sana. Hal ini kerana pada ketika ini pekerjaan di sektor awam mahupun swasta, bukan lagi menjadi masalah kepada para pengganggur oleh kerana mereka sedar bahawa pada zaman yang serba moden ini persaingan di antara mereka untuk mendapatkan pekerjaan tetap adalah sangat sukar.

Bidang vokasional merupakan bidang yang sering mendapat permintaan tinggi dari pihak majikan

Pasaran kerja sekarang lebih bersifat dinamik disebabkan oleh kepelbagaian keperluan dan kemahiran yang ‘dituntut’ oleh majikan. Perkara ini ternyata telah menimbulkan banyak isu mengenai pasaran kerja dan peluang untuk mencipta kerjaya. Malah dapat dilihat, peluang pekerjaan baru tidak setanding dengan limpahan para graduan.

Justeru itu, pemilihan bidang pembelajaran juga memainkan peranan yang agak besar pada ketika ini oleh kerana peluang pekerjaan akan muncul berdasarkan permintaan yang dibuat. Salah satu bidang yang sering mendapat permintaan tinggi adalah vokasional di mana keperluan untuk menggajikan pekerja-pekerja mahir adalah satu keperluan buat para majikan baik di sektor awam dan juga swasta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here