May be an image of 4 people and text that says 'AR MAJLIS PEMULIHAN NEGARA JAMIN PENYELESAIAN, BOLEHKAN JENTERA KERAJAAN TUMPU KEPADA USAHA MEMERANGI WABAK COVID- 19 DAN MENGETEPIKAN POLITIK SEKETIKA'

Sebagai usaha untuk bersama-sama memulihkan semula negara daripada pandemik Covid-19, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diberi nama Majlis Pemulihan Negara (MPN). MPN ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar serta dapat mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Kerajaan memutuskan untuk membentangkan PPN pada sidang Parlimen yang akan berlangsung pada 26 Julai nanti. Dengan berteraskan pendekatan ” Whole of nation ” di mana MPN akan melantik wakil-wakil daripada sektor swasta, pakar industri dan pertubuhan bukan kerajaan untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat.

Inisiatif kerajaan menubuhkan MPN harus diberikan pujian kerana ianya akan menjadi titik permulaan yang baik kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang politik dan kepakaran untuk mereka duduk bersama atas semangat cintakan negara serta bermusyawarah demi mencari satu titik persamaan ke arah membina semula Malaysia dari impak Covid-19. Usaha sebegini perlu diteruskan oleh pihak kerajaan supaya kita dapat sama-sama menyelamatkan negara kita yang sedang tenat pada saat ini.

Kita berharap dengan wujudnya MPN ini segala permasalahan negara dapat diselesaikan dalam kadar segera. Krisis yang melanda negara sejak tahun lalu meletakkan rakyat dalam keadaan yang sangat tertekan kerana ramai yang telah terkesan sehingga kehilangan punca pendapatan. Besar harapan rakyat kepada kerajaan untuk memulihkan semula negara ini supaya kita semua mampu hidup semula dalam keadaan yang normal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here